Monday, 3 December 2012

Berita Terkini





Berita terkini: Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha penyayang...

Majlis Makan Amal High Tea sempena Sambutan Maal Hijrah dn meraikn penyumbang2 rumah amal.
Bertempat di dewan Cempaka sari,kompleks Silveritage,Medan gopeng,ipoh,perak,  
Pada 27 hb november yang lalu brsamaan 13 Muharram1434 H. Majlis dianjurkn oleh Rumah Anak kesayanganku Baitul Mubaroqah, Ipoh dan Rumah Amal Baitul Mahabbah, Tg Malim, Perak.

Tetamu terdiri dr badan korporat, agensi2 kerajaan, NGO, badan persendirian dan individu yg pernah menyumbang ke Rumah2 Amal ini.

Majlis telah di rasmikan oleh Al Fadil Ustaz Muhd Zainuddin b. Muhd Zaini, Pegawai Bhgn Pembangunan Keluarga, Jab Agma Islam Perak, mewakili Tuan Timbaln Pengarah JAIP.Antara tetamu yg turut hadir En Mazlan b. Darwis, Pengarah BSN, Ipoh, Ketua Kg Sg Rokam, Tn Hj Yahya Zainuddin, Pengerusi Badan Budaya Neg Perak, En Rashidi b. Khoris, Timb Pengerusi Badan Budaya Negeri Perak iaitu Tn Hj Dawam b. Wasidin dan En Shaari / Paksu, S/U Pengerusi Laman Budaya Neg Perak, 2 org wakil Bank Rakyat Ipoh, 3 org Wakil Jab Penerangan Perak, 3 org wakil Hypermarket Giant, 2 org wakil Media Add. Sdn Bhd, 2 org Wakil Konsotium Sajian Perak, 2 org Ajk Masjid Sultan Yusof, 2 org Ajk Masjid Kg .Sg Rokam dn seramai lebih kurang 100 org penyumbang2 tetap dn baru. PA sistem telah disumbang oleh Jab Penergn Perak, peralatan jamuan disumbg oleh En Syukur, hidangan High tea juga disumbang oleh para penyumbang yang pernah menyumbang ke rmah amal ini.

Turut anak2 dri Rumah anak yatim, iaitu Rumah anak Yatim Darul Salam,Medan gopeng.

Mjlis dimulakn dgn persembahan pembukaan oleh anak2 rumah amal, ucapan pengerusi rumah amal, ucapan wakil timb pengarah Jaip sekaligus merasmikan majlis pada petang tersebut. Dlm ucapan perasmiannya beliau menceritakan ttg sejarah Rasulullah, tentang sifat penyayang baginda terhadap kanak2 dan anak2 yatim juga tentang keyakinan kuatnya tawakkal Saidina Ali yang yakin dengan bersedeqah 1 akan dibalas 10.dan sebelum mengakhiri ucapannya,beliau membacakan sajak tentang hakikat yatim,yatim tanpa ibu atau bapa tidak mengapa drpd yatim iman dan Taqwa di Akhirat nanti...

Majlis diteruskan dengan dan penyampaian hadiah dan Sijil Penghargaan kpd perasmi dan penyumbang2 utama. Ketika tetamu menjamu selera,mereka dihiburkan dengan persembahan nasyid,tarian sufi,deklamasi sajak dan pentomin dari anak2 rumah amal Baitul Mubaroqah ( perempuan)dan rumah Amal baitul Mahabbah (lelaki).

Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar dan tetamu yg hadir semuanya berpuas hati dgn persembahan drpd anak2 rumah amal ini.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yg terlibat menjayakan majlis ini dan jutaan terima kasih juga kepada para tetamu yg meluangkan masa menghadiri majlis yang kita harapkan rahmat Allah melimpah ke atasnya. segala sumbangan anda semoga ianya mendapat ganjaran di Akhirat dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.














0 comments:

Post a Comment